Lawatan Pemeriksaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Ke Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)

Lawatan Pemeriksaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Ke Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)

27 September 2022 (Selasa) – Universiti Malaysia Kelantan melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah menerima kunjungan pegawai pemeriksa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) [yang akan dikenali sebagai Jabatan Tenaga Atom (JTA)] untuk melakukan pemeriksaan berkala terhadap radas penyinaran mesin XRD dan XRF yang dilesenkan di bawah FBKT, UMK. Pemeriksaan ini bagi melihat tahap kepatuhan UMK terhadap Akta 304 LPTA dan sebahagian proses wajib bagi penyambungan lesen radas penyinaran memandangkan lesen radas penyinaran UMK akan tamat pada Disember 2022.

Delegasi LPTA disertai oleh Puan Nazaitul Hanum Bt. Baharom dan Encik Mohd Noor Fadzlilah Bin Mohamed Harith dan disambut oleh Ahli Jawatankuasa Perlindungan Sinaran UMK yang diketuai oleh Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL), Prof Madya Dr Muhammad Azwadi Sulaiman, Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS), ChM Ts Dr Hakimin Abdullah serta Pengendali Sinaran, Puan Ts. Puan Ts. Hanisah Izati Binti Adli , Encik Muhammad Qamal bin Othman dan Cik Nadia Aqilah Binti Khalid.

Secara keseluruhan, pihak LPTA berpuas hati dengan sesi audit pada kali ini dan memberikan keputusan sangat memuaskan serta menyarankan penyambungan lesen maksimum selama 3 tahun. Pihak LPTA juga berpuas hati dengan pengurusan rekod Program Perlindungan Sinaran di UMK yang teratur dan tersusun dan meminta agar perkara ini dapat dikekalkan.

Pihak LPTA turut memberikan saranan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan program perlindungan sinaran UMK akan terus berada pada tahap yang terbaik. Pihak LPTA juga turut memberi peringatan agar pihak UMK sentiasa peka dengan kesalahan mandatori di bawah Akta 304 dan peraturan berkaitan.

Pihak FBKT, UMK merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nazaitul Hanum Bt. Baharom dan Encik Mohd Noor Fadzlilah Bin Mohamed Harith di atas komen dan saranan bernas yang diutarakan sepanjang sesi pemeriksaan ini berlangsung.

Semestinya pihak FBKT, UMK akan mengambil serius akan komen dan saranan tersebut dan terus berusaha dan komited bagi memastikan radas penyinaran UMK berada dalam keadaan

terbaik

dan sentiasa mematuhi undang – undang dan peraturan – peraturan yang telah digazetkan.

Kita #BinaLegasiUMK Bersama

#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity

#KELUARGAUMK

#KELUARGAFBKT

#FBKTohsem

#Fbktno1

Dr Nor Hakimin Bin Abdullah